Thursday, December 2, 2010

ubatan yang perlu di elakkan semasa hamil


Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiatan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. makanan separuh masak atau mentah seperti sushi juga perlu dielakkan.

* Jika ingin mengambil sebarang ubatan, sila rujuk pada doktor terlebih dahulu..

Tuesday, November 23, 2010

cara mudah untuk mengira tarikh kesuburan


Mula-mula, gunakan jadual berkala untuk perancangan keluarga. Ia adalah semula jadi, percuma dan mudah digunakan; tanpa pil, plastik atau getah. Gunakan kalkulator waktu tidak subur berikut untuk dapatkan waktu tidak subur anda. Untuk dapatkan masa tidak subur klik SINI


contoh pengiraan dan keputusan

Apabila anda sudah bersedia untuk mengandung. Gunakan kalkulator waktu subur untuk mendapatkan waktu subur anda.

 

Peringkat Perkembangan Bayi


Umur Peringkat perkembangan

1 bulan
• Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
• Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
• Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan
• Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
• Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

3 bulan
• Mengangkat kepala sehingga 45°
• Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
• Mengukir senyuman sosial

4 bulan
• Mengangkat kepala sehingga 90°
• Duduk dengan sokongan
• Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
• Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan
• Mula tumbuh gigi

6 bulan
• Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
• Menggapai dan menggenggem objek
• Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
• Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan
• Mengajuk bunyi-bunyian
• Menyuap sendiri makanan
• Duduk tanpa sokongan

8 bulan
• Menghisap objek
• Memanggil 'ibu" atau "ayah"
• Mula merangkak
• Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan
• Mengangkat perut untuk duduk
• Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• Memahami keadaan kekal objek

10 bulan
• Mengambil objek menggunakan 2 jari
• Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
• Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan
• Menepuk tangan
• Melambai
• Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
• Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
• Memahami maksud "tidak"

12 bulan
• Menggeleng
• Memahami arahan mudah
• Berjalan dengan bantuan

13 bulan
• Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
• Berdiri dengan sempurna

14 bulan
• Makan menggunakan jari
• Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 bulan
• Gemar melihat dan menyelak buku
• Berjalan dengan sempurna
• Memanjat tangga

16 bulan
• Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 bulan
• Bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 bulan
• Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
• Minum menggunakan cawan
• Makan menggunakan sudu

19 bulan
• Boleh menggunakan sudu dan garfu
• Berlari dengan sempurna

20 bulan
• Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 bulan
• Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
• Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 bulan
• Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
• Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
• Boleh mengawal pundi kencing

23 bulan
• Menggunakan 50-70 patah perkataan
• Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
• Menuruni tangga dengan bantuan

24 bulan
• Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
• Sesetengah ucapannya boleh difahami
• Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan

Kebaikan sayur BAYAM kepada IBU dan BAYI

KENAPA kartun POPEYE suka makan bayam.. haaa.. sebab nak jadi KUAT kan.. so, kite kne ajar anak2 makan sayur dari awal lagi supaya nnt dah besar x kekok nak mkn sayur hee...

APAKAH BAYAM?

BAYAM merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis BAYAM HIJAU dan BAYAM MERAH (kalau saya suka makan bayam merah sebab ade warna). Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.


BAYAM dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.

BAYAM adalah sayur yang sangat mudah di masak.. kalau saya just masak rebus jer.. ala2 'bening' gitu... letak garam skit, sebiji bawang, cili basah & sedikit ikan bilis,masukkan air dalam periuk pastu letak jer atas dapur.. tggu sampai air mendidih letakkan bayam ... jgn masak terlalu lama nnt habis semua khasiat nye...  so, nilah hasilnye...

sangat mudah kan.. klu untuk baby, rebus bila dah lembut skit blh di blend...
* bening - masak air



Sunday, November 21, 2010

at kampung tok & tok wan..

salam Aidiladha..

Kali nie Arissa ngan ibu beraya kat umah tok wan lak.. @ Jitra.. hmh.. so far so good lah raya pun ala sederhana jer maklumlah lepas kne banjir.. raya pertama g melawat sepupu Arissa kira 2x lah.. wat kenduri akikah.. bru 2 bln.. Mohd Adam Fitri.. sebaya ngan Arissa tp nmpak Arissa nie tua sgt hehehe.. yelah lahir awal tahun jd org tu bru pandai senyum Arissa dah pandai berlari ahaks!

sepanjang raya nie asyik makan daging jer sampai jd sembelit.. kenduri korban sana sini.. sian Arissa penat ibu bawak die ke hulu ke hilir.. heee. xpe nnt dah besar senang kenal semua sedara mara..


rumah tok ngah...
sepanjang bercuti kat kg tok wan nie.. sempat gak Arissa menjejakkan kaki nye di Padang Besar.. huhu.. ape lg shopping time lah.. sampai rambang mata di buatnyer.. khas untuk ibunye lah.. dah lama x g shopping jauh2 hee.. tp last2 aku borong toto jer.. pastu baju Arissa, bertolak dari umah pun dah lewat sampai kat Padang Besar nie dalam kul 5 hmm.. kul 7 dah nak tutup dah kdai.. so kitaorang nie sambar jer ape yg patut heee.. hasilnyer...

taadaaaa..........


new dresses..
 emm.. comel x saya.. made in Thailand tu.. jgn main2 baju oversea hikhikhik...

so, Arissa dah bgn dri tdo nyer.. kite continue for the next story.. tatata...

@10.57am , 21 Nov 2010

Tuesday, November 9, 2010

Senarai barangan baby

Salam.. Hi...

Panduan untuk membeli barang-barang baby... tips dari saya.. beli lah barangan baby time ade sale.. sbb barangan baby nie mmg agak mahal skit so kne berjimat heee INFLASI 0.. pastu jangan bli skali gus bli sikit2 dlu lama2 banyaklah..

So, kepada sesiapa yang nak beli barangan baby tu.. especially parent yang baru atau yang akan mendapat baby blh lah gunakan senarai nie sebagai panduan....

Brg.-brg. yang perlu dibeli :


1. Baju lengan panjang + seluar panjang – 6 pasang (saiz 14/ 16)
2. Baju lengan pendek + seluar pendek (biasa / lobang-lobang) – 4 pasang
3. Baju lengan pendek + seluar panjang (biasa / lobang-lobang) – 2 pasang
4. Kain napkin (Pureen) – 10 helai (corak kotak-kotak, warna putih)
5. Selimut (hujung ada tempat tutup kepala - Anakku) – 1 helai
6. Tuala baby – 2 helai
7. Sarung tangan / kaki (biasa / lobang-lobang) – 4 pasang
- jangan beli yang ada cerut getah, beli yg. getahnya tebal sikit kat pergelangan.
8. Baby cot (optional)
9. Buai + kelambu buai
10. Bouncing
11. Stroller baby (beli kemudian pun takpe)
12. Baby carrier – buat dokong baby (beli kemudian pun takpe)
13. Kasut baby – buat jalan2 (1 pasang)
14. Susu tepung (brand ikut suka la…) – saiz kecik dulu, tengok serasi tak??
15. Makanan baby (Nutri kids-Dumex) – optional
16. Kelambu 4 segi (yg. macam tudung saji tuh…)
17. Termos air panas
18. Single warmer (buat jalan2)
19. Lampin pakai buang (saiz S / new born) mamy pokko (the best)
20. Bakul besar bekas baju / barang-barang baby
21. Beg baju baby yg. siap ada warmer botol susu (utk. travel)
22. Botol susu + berus cuci botol (saiz paling kecik dan sedang) 2 oz & 5 oz
23. Baju sejuk + topi (optional)
24. Topi nipis (utk. jln.2)
25. Travel pack toiletries (utk travel)
26. Tuala kecil – 4 keping
27. Tilam + bantal baby
28. Getah alas tilam baby (Anakku)
29. Brg.-brg. mandian / toiletries
- Besen bentuk bujur
- Alas getah – elak licin kat besen masa mandi (Anakku)
- Syampo
- Shower crème
- Losyen baby
- Bedak baby
- Minyak telon
- Baby oil
- Drapolene - 2 tiub
- Bedak ruam (Agnesia) bekas color merah tu – 2 botol.
- Cotton bud for baby
- Wet tissue (Anakku)
- Bekas tepuk kapas buat simpan bedak
- Sikat + ketip kuku baby
- Bakul kecil buat bekas toiletries & bedak – 2 biji
- Cotton ball.

p/s : tulisan warna merah tu yang agak penting untuk di beli.. yg lain optional sahaja.. blh bli ble2 masa ikut keperluan lah..
 
Just Sharing From Me With Love.. ;)

Monday, November 8, 2010

NEW Arissa...

setelah demam... Berat badan Arissa menurun.. xper sayang ibu yakin berat Arissa akan naik w'pun x byk tp ibu tetap bersyukur sebab Arissa aktif dan bebas dari sebarang penyakit..
yang penting anak ibu nie sihat, ceria dan searas dengan perkembanganyer.. bak kata nenek "die nak ringankan badan tu sebab nak merangkak dan berjalan" hmmm memang betul Arissa sekarang nie aktif btul klu x tido tu mmg xreti diam ade jer keje die hehehe.. memanjat lah, koyak buku, paper lah, merangkak ke dapur tolong ibu masak lah..dok dalam walker xmau hmhm sekarang nie dah xboleh tinggal langsung asyik nak berkepit ngan ibunyer ajer even bapaknye ada..mulut memang dah sah xreti diam asyik bercakap jer  ni lah ANAK KESAYANGAN IBU hehehe....
Arissa 9 month
Merangkak kehulu kehilir
buying a walker 4 months ago

SUSU ku MERUDUM??? OHH TIDAKKK...

hmemmm... dengan keluhan.. :(

minggu nie mmg jadual keje aku agak pack.. mane xnyer student tgh exam.. pastu kne jg exam lg.. so jadual pam pun x terikut..+ tension+ marking paper ngan jawapan student yg memang poning dibuat nye.. akibatnyer.............. KUANTITI SUSU pun MENURUN...
sedihnyer.... tp alhamdulillah.. buat masa nie maintain bekalan Arissa ke pengasuh cuma xde stok lebih2 mcm sebelum nie...
so.. aku still maintainkan makan pil2 SHAKLEE... especially Alfalfa ngan ESP (pun nak hbs) kne bli bln depan so kak hadha lieya gune ID akak lg ek heee....huhuhu....
minum air banyak.. sentiasa positif (InsyaAllah...) , sentiasa bersyukur dan berdoa.. istiqamah..

Moga dipermudahkan olehNYA.... AMINNN.....

Resepi baru untuk anakku...

Sebelum nie Arissa hanya makan bubur nasi + puri epal, puri pir, puri lobak, betik kdg2 tu terbagi gak nestum ble dah terlambat g keje & xdan nak buat bubur hehehe...

tapi sejak seminggu nie die mcm xmau sgat makan mungkin dah jemu kot ngan resepi yg sama mcm kiter gak skali skala nak mkn pizza, McD, KFC huhu .... so the result is aku buat resepi baru untuk si kecil nie...


ari nie try bgi Arissa makan bubur + bayam + kentang + serbuk ikan bilis..plak..


YUM2 sampai menjilat jari... mula2 tu terkulat2 gak die makan tp ble dah lama 2 laju plak mayb kerana lapar kut.. heee....

.................................................................................................................................................................

RESEPI BUBUR BAYAM

1. Sedikit beras (agak2 la)
2. 2 tangkai bayam (daunnyer sahaja yer) dikisar halus
3. Sebiji kentang (saiz kecil) - direbus dulu kemudian di kisar halus
4. Ikan bilis (goreng tanpa minyak dulu,kemudian kisar halus)


CARA-CARA :

klu nak cepat beras di basuh terlebih dahulu lepas itu keringkan guna api gas xpun mikrowave kemudian dikisar sedikit...
  • Ambil 2 sudu besar beras yg telah dikisar (atau lebih ikut baby makan lah)
  • Tambahkan sedikit air (agak2 utk wat bubur) masak dalam 15-20min shingga beras kembang.
  • Setelah bubur masak, letak kan bayam yg telah dikisar beserta puri kentang tadi
  • Wokeh.. SIAP...
  • lastly taburkan sedikit serbuk ikan bilis... YUMMY2...  
p/s : boleh pelbagaikan sayur seperti lobak,brokoli dan kentang. Selamat menjamu baby anda!

UPDATING........

salam...

LAMA btul aku x update blog nie.. act byk nak cita-citi heee. .. tp tulah tkt dah basi semuanye.. bayangkan dari raya sampai ari nie... emm yelah sebagai seorang isteri dan wanita yang bekerja kekangan masa tu memang satu benda kewajipan klu xdak tu x sah opsss!!! nak start kat mne dlu eehhh...

kite citer pasal arissa progress lah ekk :

Raya : Arissa genap 8bln...
yang sedihnyer Arissa got high fever on 1'st raya.. sian ank ibu nie.. sian gak gak mak ayah nyer xblh nak beraya 2 hari berturut2 xberaya tau.. ari ketiga bru blh beraya itupun g umah sedara yg terdekat jer tkt Arissa meragam lak... lpas demam jer Arissa dapt skill baru huhu nak merangkak rupanyer anak ibu nie.. punyer lah laju bru seminggu kuat btul heee...

beberapa minggu kemudian....

Arissa demam lagi kali nie demam campak (campak sekam) plak.. memang pakej die dalam usia 8 bln nie.. cuak gak lah ingat kan ruam2 biasa jer telefon mak kata mayb kne campak.. sudah.. meraban aku nak cari daun semambu (daun Neem).. nasib baik kat umah pengasuh ada.. bagi kawan2 yang xpenah tgk daun semambu nie die.... blh buat mandi kan baby ngan letak kat tempat tidur die.. untuk hilangkan gatal2...

Daun Semambu
 cepat sembuh yer anak ibu... Cayang Arissa.. UMMMMMWAHHHH........................

Arissa ngan bedak sejuk.. Gatal ekk sayang.. :)


Thursday, August 26, 2010

Perkembangan Anak

Awasi perkembangan anak anda berdasarkan carta pertumbuhan. Carta pertumbuhan akan menunjukkan berat badan bayi anda berbanding berat badan piawai, selain membantu mengawasi perkembangan bayi anda.

Makanan yang sihat untuk seisi keluarga, harus berasaskan dari piramid makanan, di mana ia menunjukkan kuantiti makanan yang harus diambil dari aras yang berbeza.

Aras 1,
makanan terdiri dari bijirin dan ubi-ubian seperti nasi, jagung, gandum, keledek dan kentang.

Aras 2
mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang, oren, labu dan lobak.

Aras 3
terdiri daripada daging, kacang dan hasil tenusu seperti mentega dan keju.

Aras 4
mengandungi lemak, minyak dan gula.
Makanan untuk keluarga, haruslah mengandungi paling banyak makanan dari aras 1 dan paling sedikit di aras 4. Anda boleh memberi anak anda makanan yang serupa dengan ahli keluarga yang lain, tetapi kurangkan perasa dan rempah serta makanan hendaklah dipotong kecil-kecil. Keluarkan sebarang tulang dan biji dari makanan anak anda. Dengan makan bersama keluarga, anak anda akan berkesempatan mencuba pelbagai jenis makanan dan bergaul dengan ahli keluarga. Mereka masih perlu minum banyak susu kerana tulang dan gigi memerlukan protein dan kalsium untuk tumbesaran.
Usia 2 dan 4 tahun, kanak-kanak memilih makanan yang mereka sukai. Mereka perlu digalakkan makan makanan berkhasiat. Ada beberapa cara yang anda membantu anak anda membina tabiat makan yang sihat. Makanan boleh disediakan dengan pelbagai cara masakan agar ia nampak menyelerakan.

Pemakanan Yang Sihat Untuk Bayi

Apabila bayi anda mencapai usia 4 – 6 bulan, perkenalkan makanan tambahan di samping susu ibu. Mulakan dengan makanan yang lembut dengan cara mengisar atau menapisnya. Bubur nasi bercampur ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik dan bayam adalah contoh sesuai untuk anak anda.

Dari 7 – 9 bulan, anda digalakkan memberi bayi anda makanan yang dilecek seperti kentang, lobak, ikan dan telur serta bubur nasi yang dimasak lebih pekat.

Pada 10 – 12 bulan, anda boleh memberi bayi anda lebih banyak pilihan.

Sediakan makanan bayi anda dengan mencencang lumat daging, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemilihan makanan dan cara menyediakan makanan yang betul, juga mengikut sukatan yang betul, akan membantu bayi anda mendapat zat makanan yang betul seperti protein, vitamin dan mineral.

Monday, August 23, 2010

Arissa Syafiyah....Permata hati yang dinanti-nantikan...

Genap 9bln 3mggu 3ari.. lahirlah seorang permata hati yang amat berharga buat diriku..Permata ini dinamakan Arissa Syafiyah..(Azam yang kuat & sihat sentiasa)... Die dilahirkan pada 24 Jan 2010 jam 8.25 pg di Hospital kulim, Kedah.. Setelah 2 ari aku mengharunginya.. akhirnya lahirlah jua die ke dunia..

kronologi kelahiran Arissa...

22 jan 2010

aku di tahan di wad kerana demam yang mengejut (mayb sbb nk deliver kut) hee.. sebelum tu 21 jan buat pemeriksaan pakar.. Doc kta air ketuban kurang so kne induce pada 24 jan 2010.. so mlm tu aku berjumpa dgn doc panel.. die kata dah buka 2cm (check bukaan) so tggu jer sakit.. pastu cpt2 g hospital.. esoknyer di sebabkan demam aku g klu x x g kut hee..
sampai hopital kne thn kat deliver room wat CTG tgk keadaan bby mcmn.. last2 kne tahan wad.. tiap2 4 jam kne cucuk antibiotik and masuk air huu (hanya Tuhan yg tahu)..

23 jan 2010

still di dalam wad.. sorg2 lak tu..(kelas 1) ;p nsb baik hubby sentiasa tggu.. mak n abah dtg bwk air selusuh.. mn tau ikhtiar org kta.. aku pun mnm lah nk dkt hbs gak.. x de tanda2 nak bersalin.. tp baby ade mengeras2 tp xkerap.. still wat CTG and cucuk antibiotik..

24 jan 2010

tepat jam 12.00 tgh malam sakit mula terasa.. mmg xleh nk tido.. huh.. mcm2 ku doa ku baca bg menenangkan hati nie.. hubby ade kat umah.. aku sentiasa sms die mn tau deliver mlm nie gak.. sampai lah subuh dalam pukul 5.00 pg sakit makin kerap (selang 5 min) nurse dtg wat CTG then trus aku ckp aku sakit.. cek bukaan dah 4cm.. huu trus masuk labour room.. lama gak tggu stlah air ketuban di pecahkan.. nsb baik nurse pelatih yg baik hati sudi menunggu aku dlm blk tu.. aku mmg xpk ape dah yg penting bby cepat kuar n selamat...
aku sentiasa tgk jam.. last aku ingat dkt 7.30pg tu mmg xthn sakit nurse pelatih tu tgk trus pggil doc it's time to deliver..
aku pun dgn sekuat tenaga try to push , nurse disekeliling xputus memberi kata2 semangat pd aku.. last at 8.25am lahirlah insan bernama ARISSA...Alhamdulillah.. (tp abahnyer xsempat nk tgk bby lahir di sebabkan oleh beberapa kekangan) mayb for next child ye sayang..)
tp hanya seketika aku menatap raut wajahnyer.. 'wah, putih btul anak ibu nie' kata dlm hati.. ahaks! bby ditempatkan di wad  coz doc nk check tkt ade infection sbb aku demam ari tu..
Alhamdulillah.....setelah 2 ari die di thn di wad akhirnya aku membawanya kembali ke rmah.. wah,.. baru nmpak dunia nie.. (best sbb dpt blk umah selama 5 ari di hospital)..

Arissa Syafiyah an hour after birth...
25 jan 2010....

Bermulalah journey aku sbg seorang ibu.... Love You Arissa....

A journey of My Life...: Cara untuk MAINTAINKAN milk supply

Cara untuk MAINTAINKAN milk supply
as for me, saya mmg amalkan petua nie..




1. kerapkan mengepam..

xkira working hour or not you must pump your breast each 3 hour..
mcm sya time kerja pg
7.00am - susu kan Arissa (direct feed)

10.00am - 1st pump session (6oz)

1.00pm - 2nd pump session (3oz)

4.30pm - 3rd pump session (3oz + direct feed)

8-9.00pm - direcr feed to Arissa

12.00pm - 4th pump session (3oz)

4.00am - 5th pump session (2oz)-kdg2 coz ngantuk hee)

so, totally yg saya dpt dlm 24H are about 17oz)
2. kne sentiasa fikir positif..

ingat w'pun susu sikit tp ble topup akan jd banyak akhirnya..

3. Istiqamah..

sentiasa berdoa, slalu ucap alhamdulillah lps pump, and jgn skip waktu pam.. kdg2 xper..
klu ambil supplement truskan don't stop OK..

ingat.. smua yang kite buat nie untuk anak kite..

4. Alwiz reading and searcing about BF info (just for knowledge) hee

5. Alwiz direct feed to your baby..
even baby tu tgh tdo just sua kan nipple kat mlt die hee.. my Arissa alwizt peka dgn cara nie hee

6. minum air secukupnye..

7. makan makanan yg boleh menambahkan susu

8. yang paling penting sokongan dari Mr. HUBBY...

FOOD & DRINK That can INCREASE our MILK supply...

DRINK
makanan n minuman nie yang saya alwiz amalkan insyaAllah...

minuman 1. milo
2. horlick
3. barli
4. longan
5. susu dutchlady (Strawberry, chocolate, fresh milk and etc...)
6. Susu Anmum...
7. Energizing Soy Protien (Shaklee's product)
8. Soya
9. minum sebanyak air masak (at least 3 litre per day)

Makanan
1. makanan yg mempunyai sumber protien yg tinggi (ayam, telur,..etc)
2. lobak putih
3. peria
4. oats (nestum, quaker oat)
5. supplement (as me use shaklee's product SET B)
6. kobis
7. jantung pisang (wat ulam)
8. Fenugerik, pil ASI, Organic Tea (ikut kesesuaian individu)

RESEPI yang boleh INCREASE kan breastmilk

What is fish and papaya soup

If you think you have low milk supply, your doctor or lactation consultant will advise you to increase the number of feeds and allow your baby to breastfeed as long as she needs. In the Chinese community, the pui yuet will most likely be at the stove, brewing up a pot of traditional fish and papaya soup. This recipe has long been believed to help a new mother increase her breastmilk supply.

The soup is popular among the Chinese community, and soups are a big feature during the confinement period. The most basic version of this soup calls for very simple ingredients: fish, young or green papaya, ginger, water and salt. These ingredients are boiled together until the water turns a 'milky' colour.


Recipe for fish and papaya soup

Gillian Koh-Tan shares her experience: "I didn't follow traditional confinement practices strictly, but my mother-in-law came over every day with a fresh batch of fish papaya soup which she said would help boost my breastmilk supply. The soup was tasty and nutritious, and I loved having a bowl of it with each meal. I don't know if it was the soup but I certainly never had supply problems and I was able to breastfeed my baby exclusively for six months."

Gillian's mother-in-law, Madam Tan Li Cheng shares her recipe with us.

Ingredients
• 500 grams of fish bones (preferable to use threadfin - kurau - fish bones)
• 500 grams of green papaya (the flesh of the fruit is white)
• Three litres of water
• Four slices of ginger (this will help cut down any fishy taste or smell)
• Six pips (cloves) of garlic
• Three stalks of spring onion
• Salt to taste

Directions
• Boil the water, then add in the ginger, garlic and spring onion.
• Cut the papaya into small slices. Discard seeds.
• Pour boiling water over the green papaya to remove sap, then drain.
• Combine the fish bones into the boiling pot, followed by the green papaya.
• Turn down the fire, leave to boil for about half an hour to reduce. This should yield about three rice bowls of soup.