KENAPA kartun POPEYE suka makan bayam.. haaa.. sebab nak jadi KUAT kan.. so, kite kne ajar anak2 makan sayur dari awal lagi supaya nnt dah besar x kekok nak mkn sayur hee...
APAKAH BAYAM?
BAYAM merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis BAYAM HIJAU dan BAYAM MERAH (kalau saya suka makan bayam merah sebab ade warna). Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.
BAYAM dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.
BAYAM adalah sayur yang sangat mudah di masak.. kalau saya just masak rebus jer.. ala2 'bening' gitu... letak garam skit, sebiji bawang, cili basah & sedikit ikan bilis,masukkan air dalam periuk pastu letak jer atas dapur.. tggu sampai air mendidih letakkan bayam ... jgn masak terlalu lama nnt habis semua khasiat nye... so, nilah hasilnye...
sangat mudah kan.. klu untuk baby, rebus bila dah lembut skit blh di blend...
* bening - masak air