Thursday, December 2, 2010

ubatan yang perlu di elakkan semasa hamil


Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiatan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. makanan separuh masak atau mentah seperti sushi juga perlu dielakkan.

* Jika ingin mengambil sebarang ubatan, sila rujuk pada doktor terlebih dahulu..

Tuesday, November 23, 2010

cara mudah untuk mengira tarikh kesuburan


Mula-mula, gunakan jadual berkala untuk perancangan keluarga. Ia adalah semula jadi, percuma dan mudah digunakan; tanpa pil, plastik atau getah. Gunakan kalkulator waktu tidak subur berikut untuk dapatkan waktu tidak subur anda. Untuk dapatkan masa tidak subur klik SINI


contoh pengiraan dan keputusan

Apabila anda sudah bersedia untuk mengandung. Gunakan kalkulator waktu subur untuk mendapatkan waktu subur anda.

 

Peringkat Perkembangan Bayi


Umur Peringkat perkembangan

1 bulan
• Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
• Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
• Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan
• Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
• Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

3 bulan
• Mengangkat kepala sehingga 45°
• Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
• Mengukir senyuman sosial

4 bulan
• Mengangkat kepala sehingga 90°
• Duduk dengan sokongan
• Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
• Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan
• Mula tumbuh gigi

6 bulan
• Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
• Menggapai dan menggenggem objek
• Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
• Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan
• Mengajuk bunyi-bunyian
• Menyuap sendiri makanan
• Duduk tanpa sokongan

8 bulan
• Menghisap objek
• Memanggil 'ibu" atau "ayah"
• Mula merangkak
• Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan
• Mengangkat perut untuk duduk
• Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• Memahami keadaan kekal objek

10 bulan
• Mengambil objek menggunakan 2 jari
• Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
• Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan
• Menepuk tangan
• Melambai
• Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
• Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
• Memahami maksud "tidak"

12 bulan
• Menggeleng
• Memahami arahan mudah
• Berjalan dengan bantuan

13 bulan
• Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
• Berdiri dengan sempurna

14 bulan
• Makan menggunakan jari
• Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 bulan
• Gemar melihat dan menyelak buku
• Berjalan dengan sempurna
• Memanjat tangga

16 bulan
• Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 bulan
• Bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 bulan
• Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
• Minum menggunakan cawan
• Makan menggunakan sudu

19 bulan
• Boleh menggunakan sudu dan garfu
• Berlari dengan sempurna

20 bulan
• Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 bulan
• Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
• Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 bulan
• Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
• Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
• Boleh mengawal pundi kencing

23 bulan
• Menggunakan 50-70 patah perkataan
• Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
• Menuruni tangga dengan bantuan

24 bulan
• Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
• Sesetengah ucapannya boleh difahami
• Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan

Kebaikan sayur BAYAM kepada IBU dan BAYI

KENAPA kartun POPEYE suka makan bayam.. haaa.. sebab nak jadi KUAT kan.. so, kite kne ajar anak2 makan sayur dari awal lagi supaya nnt dah besar x kekok nak mkn sayur hee...

APAKAH BAYAM?

BAYAM merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis BAYAM HIJAU dan BAYAM MERAH (kalau saya suka makan bayam merah sebab ade warna). Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.


BAYAM dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.

BAYAM adalah sayur yang sangat mudah di masak.. kalau saya just masak rebus jer.. ala2 'bening' gitu... letak garam skit, sebiji bawang, cili basah & sedikit ikan bilis,masukkan air dalam periuk pastu letak jer atas dapur.. tggu sampai air mendidih letakkan bayam ... jgn masak terlalu lama nnt habis semua khasiat nye...  so, nilah hasilnye...

sangat mudah kan.. klu untuk baby, rebus bila dah lembut skit blh di blend...
* bening - masak air