Awasi perkembangan anak anda berdasarkan carta pertumbuhan. Carta pertumbuhan akan menunjukkan berat badan bayi anda berbanding berat badan piawai, selain membantu mengawasi perkembangan bayi anda.
Makanan yang sihat untuk seisi keluarga, harus berasaskan dari piramid makanan, di mana ia menunjukkan kuantiti makanan yang harus diambil dari aras yang berbeza.
Aras 1,
makanan terdiri dari bijirin dan ubi-ubian seperti nasi, jagung, gandum, keledek dan kentang.
Aras 2
mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang, oren, labu dan lobak.
Aras 3
terdiri daripada daging, kacang dan hasil tenusu seperti mentega dan keju.
Aras 4
mengandungi lemak, minyak dan gula.
Makanan untuk keluarga, haruslah mengandungi paling banyak makanan dari aras 1 dan paling sedikit di aras 4. Anda boleh memberi anak anda makanan yang serupa dengan ahli keluarga yang lain, tetapi kurangkan perasa dan rempah serta makanan hendaklah dipotong kecil-kecil. Keluarkan sebarang tulang dan biji dari makanan anak anda. Dengan makan bersama keluarga, anak anda akan berkesempatan mencuba pelbagai jenis makanan dan bergaul dengan ahli keluarga. Mereka masih perlu minum banyak susu kerana tulang dan gigi memerlukan protein dan kalsium untuk tumbesaran.
Usia 2 dan 4 tahun, kanak-kanak memilih makanan yang mereka sukai. Mereka perlu digalakkan makan makanan berkhasiat. Ada beberapa cara yang anda membantu anak anda membina tabiat makan yang sihat. Makanan boleh disediakan dengan pelbagai cara masakan agar ia nampak menyelerakan.