Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Kebaikan sayur BAYAM kepada IBU dan BAYI

KENAPA kartun POPEYE suka makan bayam.. haaa.. sebab nak jadi KUAT kan.. so, kite kne ajar anak2 makan sayur dari awal lagi supaya nnt dah besar x kekok nak mkn sayur hee...

APAKAH BAYAM?

BAYAM merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis BAYAM HIJAU dan BAYAM MERAH (kalau saya suka makan bayam merah sebab ade warna). Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.


BAYAM dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.

BAYAM adalah sayur yang sangat mudah di masak.. kalau saya just masak rebus jer.. ala2 'bening' gitu... letak garam skit, sebiji bawang, cili basah & sedikit ikan bilis,masukkan air dalam periuk pastu letak jer atas dapur.. tggu sampai air mendidih letakkan bayam ... jgn masak terlalu lama nnt habis semua khasiat nye...  so, nilah hasilnye...

sangat mudah kan.. klu untuk baby, rebus bila dah lembut skit blh di blend...
* bening - masak air



Thursday, August 26, 2010

Perkembangan Anak

Awasi perkembangan anak anda berdasarkan carta pertumbuhan. Carta pertumbuhan akan menunjukkan berat badan bayi anda berbanding berat badan piawai, selain membantu mengawasi perkembangan bayi anda.

Makanan yang sihat untuk seisi keluarga, harus berasaskan dari piramid makanan, di mana ia menunjukkan kuantiti makanan yang harus diambil dari aras yang berbeza.

Aras 1,
makanan terdiri dari bijirin dan ubi-ubian seperti nasi, jagung, gandum, keledek dan kentang.

Aras 2
mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang, oren, labu dan lobak.

Aras 3
terdiri daripada daging, kacang dan hasil tenusu seperti mentega dan keju.

Aras 4
mengandungi lemak, minyak dan gula.
Makanan untuk keluarga, haruslah mengandungi paling banyak makanan dari aras 1 dan paling sedikit di aras 4. Anda boleh memberi anak anda makanan yang serupa dengan ahli keluarga yang lain, tetapi kurangkan perasa dan rempah serta makanan hendaklah dipotong kecil-kecil. Keluarkan sebarang tulang dan biji dari makanan anak anda. Dengan makan bersama keluarga, anak anda akan berkesempatan mencuba pelbagai jenis makanan dan bergaul dengan ahli keluarga. Mereka masih perlu minum banyak susu kerana tulang dan gigi memerlukan protein dan kalsium untuk tumbesaran.
Usia 2 dan 4 tahun, kanak-kanak memilih makanan yang mereka sukai. Mereka perlu digalakkan makan makanan berkhasiat. Ada beberapa cara yang anda membantu anak anda membina tabiat makan yang sihat. Makanan boleh disediakan dengan pelbagai cara masakan agar ia nampak menyelerakan.

Pemakanan Yang Sihat Untuk Bayi

Apabila bayi anda mencapai usia 4 – 6 bulan, perkenalkan makanan tambahan di samping susu ibu. Mulakan dengan makanan yang lembut dengan cara mengisar atau menapisnya. Bubur nasi bercampur ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik dan bayam adalah contoh sesuai untuk anak anda.

Dari 7 – 9 bulan, anda digalakkan memberi bayi anda makanan yang dilecek seperti kentang, lobak, ikan dan telur serta bubur nasi yang dimasak lebih pekat.

Pada 10 – 12 bulan, anda boleh memberi bayi anda lebih banyak pilihan.

Sediakan makanan bayi anda dengan mencencang lumat daging, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemilihan makanan dan cara menyediakan makanan yang betul, juga mengikut sukatan yang betul, akan membantu bayi anda mendapat zat makanan yang betul seperti protein, vitamin dan mineral.